|
LA21 Majlis Perbandaran Sandakan dimulakan pada tahun 2002. Ia dilaksanakan sebagai memenuhi arahan kerajaan pusat apabila memutuskan untuk melaksanan LA21 di seluruh negara setelah berjaya melaksanakannya secara perintis di empat pihak berkuasa tempatan. 

Sesi perbincangan seperti ini amat penting dalam usaha memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu pelan tindakan yang telah diputuskan bersama.
Gambar: Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti LA21 di Kg. Padas Semepena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-48 Tahun 2005. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Basrah A Rahman, Pemimpin Kemajuan Rakyat N41 Sug. Sibuga.
Nota: Aktiviti LA21 Kg. Padas sepanjang Bulan Kemerdekaan 2005 telah dicalonkan bagi mewakili Majlis Perbandaran Sandakan ke Pertandingan Anugerah PBT Mampan Sempenan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-48 Tahun 2005, Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan, usah segan untuk menghubungi kami melalui e-mail di: e-mail: la21-mps@zoomshare.com
|